Thursday 30 March 2017

KEPUPUSAN HAIWAN

KESAN KEPUPUSAN HIDUPAN LIAR 

Hidupan liar yang semakin pupus akan mnyebabkan ketidakseimbangan ekosistem . Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh meneybabkan kemusnahan dan pengecilan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang luas . Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan . Selain itu , aktiviti perikanan moden kematian dan pengurangan bilangan haiwan telah menyebabkan sesuatu spesis haiwan menjadi pupus . 

Malaysia adalah sebuah negara yang bertuah kerana memiliki pelbagai spesis yang tidak dapat ditemui di negara lain. Kepupusan hidupan liar akan menyebabkan sesuatu spesis tidak lagi wujud atau ditemui di tempat lain . Selain itu , kepelbagaian haiwan dan tumbuhan adalah merupakan daya tarikan utama pelancong asing ke negara ini . Ekonomi pelancongan akan menjadi semakin merosot seiring dengan kepupusan hidupan liar . generasi akan datang  juga tidak dapat melihat spesis-spesis sekiranya ia pupus . Mereka hanya dapat melihat di dalam buku sahaja . Pembelajaran seharusnya menjadi lebih menyeronokkan apabila pelajar-pelajar sekolah dapat mengenali haiwan-haiwan yang dilindungi dengan lebih dekat lagi seperti mengadakan lawatan ke zoo dan tempat-tempat pemuliharaan . 


Didapati mati disebabkan pembalakan hutan yang teruk oleh manusia 

KEPENTINGAN MEMULIHARA HIDUPAN LIAR 

Pemuliharaan hidupan liar adalah amat penting bagi mengekalkan ekosistem . Malaysia merupakan bumi bertuah kerana dikurniakan kekayaan sumber asli, flora dan fauana . Kepelbagaian biologi yang terdapat di negara kita adalah sebenarnya memberikan khidmat ekosistem spserti mengatur perjalanan cuaca dan iklim, kitaran hidrologi dan nutrein, memebentuk tanah dan membersihkan udara dan air . Setiap spesis memainkan peranan masing-masing dalam memastikan ekosistem berada dalam keadaan stabil . Hidupan liar juga amat penting kerana dapat memberikan sumber maklumat atau pendidikan kepada masyarakat terutama sekali kepada pelajar sekolah . Sebagai contoh harimau dikategorikan kepada beberapa subspesis seperti Harimau Sumatera , Harimau Bengal , Harimau Indochina , Harimau Malaya dan Harimau China Selatan . Oleh itu, masyarakat akan berpeluang untuk mengenali spesis-spesis yang terdapat di negara kita dengan lebih dekat sekiranya haiwan-haiwan ini dilindungi daripada pupus . Hidupan liar juga merupakan sumber tarikan pelancong asing ke negara kita kerana kebanyakan spesis haiwan dan tumbuhan yang terdapat di negara ini tidak dapat ditemui di negara lain . Hal ini sekali gus dapat menjana pendapatan ekonomi negara .

KEPUPUSAN HAIWAN

CARA-CARA MENGELAKKAN KEPUPUSAN 

Kepupusan spesis haiwan semakin membimbangkan . Oleh itu, haiwan liar wajarlah dilindungi untuk mengelakkan nasib yang sama seperti dinasour berulang . Antara langkah untuk mengelakkan perkara ini adalah dengan mngekalkan atau menambahkan lagi hutan simpan sedia ada . Haiwan-haiwan ini perlu berada dihabitatnya bagi pembiakan yang berterusan .

Di samping itu, undang-undang sedia ada perlu dikuatkuasakan dengan menghukum sesiapa sahaja memelihara, menangkap atau membunuh haiwan-haiwan ini tanpa kebenaran pihak kerajaan . Selain itu, aktiviti pemburuan mestilah diluar kawasan rizab sahaja . Penguatkuasaan ini dapat mngelakkan aktiviti pemburuan yang tidak terkawal . 

Seterusnya usaha pembiakan spesis terancam perlulah dipergiatkan . Haiwan yang berjaya dibiakkan juga perlu dibebaskan ke habitat asal dengan dipantau dari semasa ke semasa . Penubuhan pusat kajian haiwan-haiwan liar juga perlu diwujudkan bagi membekalkan maklumat secukupnya untuk penyelidikan dan pendidikan pada masa akan datang . Ini akan membolehkan usaha-usaha perlindungan haiwan ini lebih berkesan .

Akhir sekali , hidupan liar yang akan terancam perlulah dilindungi sebaik mungkin bagi memastikan generasi akan datang terus dapat sebaik mungkin bagi memastikan generasi akan datang terus dapat menikmati keindahan alam yang tidak ternilai ini . 

KEPUPUSAN HAIWAN

FAKTOR-FAKTOR DAN SEBAB  KEPUPUSAN , KEMUSNAHAN HAIWAN 



Antaranya ialah :-

Pencemaran 
  • Keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan faktor ini yang menyebabkan banyak kehidupan akuatik semakin pupus .
  •  Hidupan seperti ikan lumba-lumba semakin pupus disebabkan pencemaran air terutamanya disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia mengotorkan laut . 
  • Beruang panda yang merupakan habitat yang istimewa hanya terdapat di negara China semakin pupus akibat pencemaran alam . Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makan utama habitat ini . 

Pembalakan haram 
  • Pembalakan haram iaitu menebang spesis pokok yang dilindungi meranti dan cengal . 
  • Apabila kegiatan pembalakan , ia juga memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekitar itu . Ia juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup akan lari dan mati . 

Pembakaran hutan 
  •  Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di kali mantan dan sumatera telah menyebabkan spesis-spesis haiwan yang berada dikawasan tersebut mati dan terancam .

Pemburu haram 
  •  Pemburu secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan spesis haiwan . 
  •  Pemburu haram ini bukan sahaja mengekploitasikan binatang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini . 
  • Permintaan yang tinggi melalui pasaran antara bangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa . 
  • Harimau malaya ( harimau belang ) merupakan satu spesis yang semakin terancam kerana pemburuan terhadapnya semakin tinggi . Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan china menyebabkan harimau malaya kini hanya tinggal dengan jumlah yang sedikit .

Peningkatan suhu 
  •  Faktor peningkatan suhu dunia  juga merupakan punca utama kepupusan flora dan fauna di malaysia . 
  •  Perubahan iklim ini bukanlah perkara baru dalam kepupusan haiwan ini . Diamana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti 'dinasour' adalah disebabkan perubahan cuaca dunia . 

JENIS-JENIS HAIWAN YANG PUPUS  


SAND CATS 



Merupakan satu-satunya spesis dari keluarga kucing yang tinggal di padang pasir , terutamanya di padang pasir di afrika utara , asia barat dan asia tengah . Sejak tahun 2002 kucing pasir ini telah disenaraikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN ( International Union For The Conservation Of Nature ) kerana penurunan populasi yang mendadak . 



SEA OTTER 






Hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan yang ingin mengambil bulu mereka . Populasi haiwan ini di barat laut pasifik berkurangan . Kurang daripada 2000 ekor pada awal abat ke 20 . Berita baiknya dengan penguatkuasaan undang-undang populasi SEA OTTER telah meningkat kepada 100,000 hingga 150,000 ekor .


FENNIC FOX 






Mendiami kawasan afrika utara dan timur tengah ini masih lagi belum dianggap sebagai haiwan yang terancam namun habitat mereka merima ancaman dari aktiviti perlancongan dan pembangunan .
Telinganya yang besar membantu untuk memburu pada waktu malam dengan berfungsi untuk mendengar pergerakan mangsa di bawah tanah dan mnyejukkan badan daripada haba padang pasir .



PIKA 




Pika yang merupakan mamalia kecil daripada keluarga arnab ini mempunyai telinga besar dan tidak mempunyai ekor .Menurut World Wildlife Foundation WWF , binatang ini terancam kerana ianya terdedah kepada kesan pemanasan global disebabkan pika ini tinggal di habitat yang sejuk dan agak lembab di kawasan tanah tinggi .Apabila pemanasan global semakin meningkat , habitat tersebut akan semakin berkurang dan bakal membawa kepupusan kepada salah satu spesis pokemon ini .


SLOW LORIS 







Berasal dari indonesia , Slow Loris dari spesis kokang diburu hingga hampir pupus kerana kononnya dagingnya uang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit dan mempunyai nilai-nilai spatural . Kokang ini memang nampak sangat comel . Ia juga merupakan satu-satunya keluarga beruk yang berbisa . Ia menyimpan racun di dalam kantung pada bahagian siku dan menyerang mangsanya dengan cara yang sangat hebat dengan mnyedut racun tersebut ke dalam mulut dan berkumur sebelum melancarkan serangan gigitan berbisa . 


BELUGA WHALE 








Ikan paus Beluga yang terkenal kerana ciri-cirinya bonjolan pada kepalanya dan berwarna putih ini menurut kerajaan amerika syarikat mengalami ancaman di habitatnya di Alaska . Dianggarkan hanya kira-kira 100,000 ekor yang tinggal di habitat liar bagi salah satu spesis ikan paus terkecil ini .



GIANT PANDA 





Dipercayai hanya tinggal kira-kira 3000 ekor di habitat liar . Walaupun pelbagai usaha giat dijalankan , namun panda ini tidak mampu untuk membiak dengan baik ketika berada dalam kurungan dan di habitat liar , ia terdedah kepada ancaman pemburu haram .


SYRIAN WILD ASS ( Pupus sejak 1927 )




Syrian Wild Ass adalah subspesis kepada keluarga Equidae atau keluarga kuda . ia pernah berhabitat
di sekitar Syria , Jordan dan Iraq . keunikan binatang ini adalah kemampuan kulitnya berubah warna mengikut musim . Sebagai ontoh , kulit akan berubah warna kepada kuning keperangan pada musim panas dan berubah pula kepada warna kuning pucat pada musim sejuk . Spesis ini pernah mempunyai populasi yang besar sekitar abad ke-16 dan abad ke-17 namun akhir ini diistiyharkan pupus pada 1927 apabila spesis terakhir ini mati di zoo Vienna .


JAVAN TIGER ( Pupus sejak 1980 )




Saiz Javan Tiger kecil berbanding saiz harimau lain yang terdapat di negara-negara Asia . Walaubagaimanapun , ia lebih besar berbanding Bali Tiger . Dipercayai haiwan karnivor ini pupus sejak 1980-an kerana pencerobohan habitatnya di hutan kepulauan Jawa . Javan Tiger telah dilihat kali terakhir pada 1976 den selepas itu tiada lagi laporan pertembungan dengan haiwan ini .


TARPAN ( Pupus sejak 1919 )




Tarpan juga dikenali Eurasian Wild House . Ia adalah subspesis kepada kuda liar yang pernah berhabitat di sekitar selatan Perancis, Timur Spanyol sehingga merentasi tengah Russia . Populasi Tarpan mula merundum sekitar 1870-an akibat pemburuan dan pemusnahan habitatnya . Penampakan terakhir Tarpan adalah pada 1909 hasil usaha kerajaan poland untuk menyelamatkan spesis kuda liar ini . Taerpan yang berjaya ditangkap tersebut kemudian dipelihara di dalam zoo di Russia . Walaubagaimanapun , haiwan tersebut mati . Sejak daripada itu , Tarpan tidak lagi kelihatan dan diistiyharkan pupus secara rasmi .


CASPIAN TIGER ( Pupus sejak 1990 )




Caspian Tiger adalah subspesis bagi keluarga kucing sepertimana spesis-spesis harimau yang lain . Saiznya boleh mencapai panjang daripada 200cm sehingga 270cm. Walaubagaimanapun, Caspian Tiger betina mempunyai saiz yang lebih kecil . Habitat Caspian sangat besar. Menurut rekod, haiwan ini yang pernah mencapai populasi maksimum pada abad ke -16 habitat di China, Russia , Turki, Iran, Turkestan dan Afganistan. Populasinya mula merundum pada abad ke-20 akibat pemburuan haram yang cukup berleluasa . Tambahan pula, sumber utama makanannya iaitu babi hutan turut sama merundum populasinya menyebabkan berlakunya gangguan besar kepada sistem  rantai makanannya. Penampakan terakhir spesis ini adalah pada awal 1990an dan sejak daripada itu, tiada lagi rekod penampakan dicatatkan .

klik di sini : Haiwan yang telah pupus

KEPUPUSAN HAIWAN

KESAN KEPUPUSAN HIDUPAN LIAR  Hidupan liar yang semakin pupus akan mnyebabkan ketidakseimbangan ekosistem . Penerokaan kawasan-kawasan ...