Thursday 30 March 2017

KEPUPUSAN HAIWAN

KESAN KEPUPUSAN HIDUPAN LIAR 

Hidupan liar yang semakin pupus akan mnyebabkan ketidakseimbangan ekosistem . Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh meneybabkan kemusnahan dan pengecilan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang luas . Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan . Selain itu , aktiviti perikanan moden kematian dan pengurangan bilangan haiwan telah menyebabkan sesuatu spesis haiwan menjadi pupus . 

Malaysia adalah sebuah negara yang bertuah kerana memiliki pelbagai spesis yang tidak dapat ditemui di negara lain. Kepupusan hidupan liar akan menyebabkan sesuatu spesis tidak lagi wujud atau ditemui di tempat lain . Selain itu , kepelbagaian haiwan dan tumbuhan adalah merupakan daya tarikan utama pelancong asing ke negara ini . Ekonomi pelancongan akan menjadi semakin merosot seiring dengan kepupusan hidupan liar . generasi akan datang  juga tidak dapat melihat spesis-spesis sekiranya ia pupus . Mereka hanya dapat melihat di dalam buku sahaja . Pembelajaran seharusnya menjadi lebih menyeronokkan apabila pelajar-pelajar sekolah dapat mengenali haiwan-haiwan yang dilindungi dengan lebih dekat lagi seperti mengadakan lawatan ke zoo dan tempat-tempat pemuliharaan . 


Didapati mati disebabkan pembalakan hutan yang teruk oleh manusia 

KEPENTINGAN MEMULIHARA HIDUPAN LIAR 

Pemuliharaan hidupan liar adalah amat penting bagi mengekalkan ekosistem . Malaysia merupakan bumi bertuah kerana dikurniakan kekayaan sumber asli, flora dan fauana . Kepelbagaian biologi yang terdapat di negara kita adalah sebenarnya memberikan khidmat ekosistem spserti mengatur perjalanan cuaca dan iklim, kitaran hidrologi dan nutrein, memebentuk tanah dan membersihkan udara dan air . Setiap spesis memainkan peranan masing-masing dalam memastikan ekosistem berada dalam keadaan stabil . Hidupan liar juga amat penting kerana dapat memberikan sumber maklumat atau pendidikan kepada masyarakat terutama sekali kepada pelajar sekolah . Sebagai contoh harimau dikategorikan kepada beberapa subspesis seperti Harimau Sumatera , Harimau Bengal , Harimau Indochina , Harimau Malaya dan Harimau China Selatan . Oleh itu, masyarakat akan berpeluang untuk mengenali spesis-spesis yang terdapat di negara kita dengan lebih dekat sekiranya haiwan-haiwan ini dilindungi daripada pupus . Hidupan liar juga merupakan sumber tarikan pelancong asing ke negara kita kerana kebanyakan spesis haiwan dan tumbuhan yang terdapat di negara ini tidak dapat ditemui di negara lain . Hal ini sekali gus dapat menjana pendapatan ekonomi negara .

No comments:

Post a Comment

KEPUPUSAN HAIWAN

KESAN KEPUPUSAN HIDUPAN LIAR  Hidupan liar yang semakin pupus akan mnyebabkan ketidakseimbangan ekosistem . Penerokaan kawasan-kawasan ...