Thursday 30 March 2017

KEPUPUSAN HAIWAN

CARA-CARA MENGELAKKAN KEPUPUSAN 

Kepupusan spesis haiwan semakin membimbangkan . Oleh itu, haiwan liar wajarlah dilindungi untuk mengelakkan nasib yang sama seperti dinasour berulang . Antara langkah untuk mengelakkan perkara ini adalah dengan mngekalkan atau menambahkan lagi hutan simpan sedia ada . Haiwan-haiwan ini perlu berada dihabitatnya bagi pembiakan yang berterusan .

Di samping itu, undang-undang sedia ada perlu dikuatkuasakan dengan menghukum sesiapa sahaja memelihara, menangkap atau membunuh haiwan-haiwan ini tanpa kebenaran pihak kerajaan . Selain itu, aktiviti pemburuan mestilah diluar kawasan rizab sahaja . Penguatkuasaan ini dapat mngelakkan aktiviti pemburuan yang tidak terkawal . 

Seterusnya usaha pembiakan spesis terancam perlulah dipergiatkan . Haiwan yang berjaya dibiakkan juga perlu dibebaskan ke habitat asal dengan dipantau dari semasa ke semasa . Penubuhan pusat kajian haiwan-haiwan liar juga perlu diwujudkan bagi membekalkan maklumat secukupnya untuk penyelidikan dan pendidikan pada masa akan datang . Ini akan membolehkan usaha-usaha perlindungan haiwan ini lebih berkesan .

Akhir sekali , hidupan liar yang akan terancam perlulah dilindungi sebaik mungkin bagi memastikan generasi akan datang terus dapat sebaik mungkin bagi memastikan generasi akan datang terus dapat menikmati keindahan alam yang tidak ternilai ini . 

No comments:

Post a Comment

KEPUPUSAN HAIWAN

KESAN KEPUPUSAN HIDUPAN LIAR  Hidupan liar yang semakin pupus akan mnyebabkan ketidakseimbangan ekosistem . Penerokaan kawasan-kawasan ...